Tuesday, August 11, 2009

RED ALERT!!!

H1N1 ALERT!!!!!!!


Apakah itu Penyakit Influenza A (H1 N1)?
Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit yangberjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari pada mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan terus menular ke negara-negara lain.
Apa tanda dan genjala penyakit ini?
Genjala awal tanda penyakit ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk ataupun bersin. Titian cecair pernafasan yang keluar akan terkena pada tangan pesakit, permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titian cecair pesakit.
Pada masa ini adakah jangkitan berlaku daripada babi ke manusia?
Tidak.
Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
  • SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
  • Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu ataupun sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
  • Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
  • Jangan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai genjala penyakit ini, biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami genjala penyakit ini. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

  • Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
  • Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
  • Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
  • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
  • Amalkan cara hidup sihat. dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada influenza A(H1 N1)?

Belum ada.

Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya, WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa 4-6 bulan.

"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati"

info : Kementerian Kesihatan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Followers

  ©Template by Dicas Blogger.