Thursday, August 6, 2009

Objektif Dan Matlamat

SKWJ sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang-bidang yang dicakupi adalah seperti berikut :
  1. Pengajaran
  2. Pembelajaran
  3. Bimbingan dan Pembentukkan Sahsiah
  4. Gerakkerja Luar
  5. Pentadbiran
  6. Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar

Dasar Kualiti

SKWJ komited untuk menyedia dan melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesananya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti beserta dengan objektifnya disemak semula dari semasa ke semasa untuk menambahbaikkan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar kualiti ini di sebar luas kepada seluruh anggota SKWJ melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.

Objektif Kualiti

  • Meningkatkan prestasi akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada pencapaian tahun semasa ATAU mencapai minima 70 peratus lulus keseluruhan.
  • Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
  • Melaksanakan pengurusan kewangan yang efisyen tanpa teguran audit.

Followers

  ©Template by Dicas Blogger.