Thursday, August 6, 2009

Piagam Pelanggan

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA
(YBA1349)
KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN
BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN
USAHA KAMI UNTUK :


Sedia berkhidmat bagi memastikan semua pelajar mendapat layanan yang saksama dalam semua aspek keperluan.


Kreatif dalam penggubahan prasarana yang menjadikan keceriaan sebagai aspek utama yang menjadi nadi kepada peningkatan kualiti diri warga sekolah yang dapat menangani cabaran kerja dengan hati yang penuh kerelaan dan harmoni.


Waspada terhadap tatakelakuan dan sahsiah penjawat awam berdasarkan nilai dan etika perkhidmatan awam serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti cemerlang serta bersedia menerima pandangan,teguran dan syor-syor yang membina yang memberi impak kepada kecemerlangan organisasi.


Integriti dan komited dalam menjalankan tugas serta sentiasa menjaga identiti yang boleh memperkasakan Sekolah yang boleh menjadi kan sekolah yang disukai dan menjadi tumpuan kepada orang ramai.


Rajin dan Usaha menjadi amalan utama tanpa mengira masa dan tenaga demi mencapai cita-cita dan hasrat semua warga sekolah, ibubapa serta Kerajaan Malaysia yang inginkan sesuatu perubahan anjakan paradigma pendidikan.


Akur kepada arahan-arahan pentadbiran dan perundangan yang boleh melicinkan lagi perjalanan pengurusan organisasi.


Jujur, Cekap dan Amanah serta peka terhadap kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra pada bila –bila masa tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta mengamalkan "Satu Malaysia".


Aktif dalam apa jua bidang yang diceburi


Yakin terhadap apa jua keputusan dan tindakan yang diambil berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi dan eviden yang ada.

Azam yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi




SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI SILA HUBUNGI PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH SAMARAHAN DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN.

NO. TEL.: 082-629597

Followers

  ©Template by Dicas Blogger.